KESAYANGANKU ALISYA
Alisha
Anugerah cinta hati buat kelurga kami
Lenggok dan gerak geri mu penawar duka buat kami
Indah suara mu menyapa cuping telinga kami
Senyuman manis mu bisa menggembirakan hati kami
Alisha
Cucu kesayangan Husain dan Hayati
Intan payung umi Hanisah dan papa Ismail
Hadirmu dapat memberi sinar bahagia dalam hidup kami
Tangisan kamu mampu mengundang resah dalam hati kami kerana kamu ialah kesayangan kami
Akan kami didik kamu dengan baik agar jadi insan berguna kelak
Alisha
Kami sayang kamu sepenuh hati
Doa kami agar kamu sentiasa dilindungi oleh- Nya
Semoga kamu menjadi anak yang solehah buat kami.
No comments:
Post a Comment