cik aten

Thursday, December 13, 2012

BUMI UUM SINTOK

SALAM BUAT SEMUA..

buat pertama sekali aku ingin sekali mengucapkan syukur yang x terhingga kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan aku peluang untuk melanjutkan pembelanjaran kat BUMI UUM nie..walaupun pada mulanya berat sungguh aku nak buat keputusan samada mahu menerima peluang nie atau tidak..banyak perkara yang harus dipikirkan. samada keputusan ini membawa kebaikan kepada aku mahupun tidak. berkat doa dan dorongan mama, abah, ky, apis n adik aku amik keputusan untuk sambung my degree.

setelah keputusan ini dibuat, maka hidupku sebagai pelajar bermula lagi. alangkah bahagia apabila memegang status pelajar. walaupun banyak rintangan yang harus dihadapi, tetapi berkat doa mama n abah serta rahmat ALLAh aku boleh servival di bumi uum nie. 

pertama kali kaki nie melangkah dibumi uum nie aku merasakan yang aku sedang mengalas satu tugas yang berat iaitu memdapatkan segulung ijazah buat keluarga ku yag banyak berkorban untuk diri ini. hanya dengan ijazah ini aku harap dapat mengukirkan senyuman kegembiraan dibibir keluargaku yang tercinta.

setalah hampir 4 bulan di bumi uum ni aku semakin berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran disini yang mempunyai persekitaran yang jauh berbeza dengan politeknik. disini mengajar kita apa itu erti berdikari bukan saja dari segi makan pakai tetapi juga pembelanjaran. hanya pelajar yang rajin akan maju tidak bagi pelajar yang hanya datang untuk membazir masa mereka.

bersaing dengan hampir semuanya pelajar yag pandai2 membuatka  aku merasakan tindakan aku ke sini adalah satu kesilapan. tetapi aku mula sedar yang ini bukanlah kesilapan tetapi permulaan bagi ku untuk membukti kebolehan diri ku ini. aku semakin yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. aku mula berpegang bahawa jika aku tidak melakukan apa2 bermula dr sekarg aku akan jauh ketinggalan berbanding pelajar yang lain.

oleh itu, aku berharap aku mampu bertahan sampai aku berjaya menyerahkan gulungan ijazah itu kepada kedua-dua ibubapaku. hanya itu yang aku mampu lakukan bagi membalas jasa mereka..

akan aku jadikan bumi uum ni sebagai tempat untuk aku memperolehi segala yang aku mahukan...

p/s: semoga segalanya berjalan dengan baiknya dengan rahmah dr ALLAH SWT...amin....


BUMI UUM, SINTOK

No comments:

Post a Comment