cik aten

Sunday, July 14, 2013

Erti Sebuah Kemaafan

Erti sebuah kemaafan.....

betapa besarnya erti sebuat persahabatan bagi diri ini. setiap masalah yang dihadapi dalam sebuah persahabatan merupakan cubaan bagi persahabatan yang telah terjalain selama kita berkawan. kesalahfahaman yang telah wujud mampu dihapuskan melalui kemaafan serta tolak ansur serta kefahaman dalam sebuah persahabatan itu. hanya dengan sebuah kemaafan semuanya kembali normal seperti sediakala.

tetapi bukan mudah untuk memberi kemaafan kepada individu yang sudah menggores hati ini serta memberi luka kepada hati ini. tetapi jangan kita lupa bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan kita sesama hati ini bergembira mahupun bersedih. maka berdoalah kepada ALLAH semoga diberi kekuatan untuk memaafkan segala perbuatan yang telah menggores hati yang lemah ini. sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang terbaik bagi diri kita. memaafkan dan meminta maaf mampu menjernihkan hati yang kian kelam dan mampu manghapuskan segala bintik hitam di dalam diri ini.

aku juga berharap agar diriku diberi kekuatan untuk memaafkan setiap individu yang telah menggores hatiku. aku juga berharap agar sahabat yang pernah mengenali diriku mampu memaafkan setiap kesalahan yang telah aku lakukan dan jika selama kita berkawan kalian pernah tergores dengan kata-kata yang penah aku lontarkan. sesungguhnya aku tidak mahu lagi hidup dengan dendam mahupun perasaan benci yang mungkin wujud dalam persahabatan kita.

sesungguhnya ALLAH telah memilih kalian sebagai sahabat buat diriku. tidak kira samada kita baru kenal mahupun sudah lama kita berkenalan. walaupun wujud persahabatan baru dalam hidup aku, kalian tetap sahabat yang aku sayangi selain keluarga tersayangku.


hard time don't last forever..
but true friendship's do..
i'll always be there
for everything you need..
even its just for someone to listen...


" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawaan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

bagiku KEMAAFAN yang paling penting bagi hidup ini adalah KEMAAFAN BAGI DIRI SENDIRI serta belajar memaafkan orang lain <3 span="">

najwa husain

Saturday, July 13, 2013

Unsucessful Love...

apabila cinta tidak berhasil, BEBASKANLAH DIRIMU....biarkan hati kita kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. ingatlah bahawa kita mingkin akan menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya...

akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita,  MELAINKAN kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih bahagia apabila kita melepaskannya....

kadang kala orang yang kita cintai adalah temanuntuk menangis bersama....itu adalah cinta yang tidak kita sedari.......


Friday, July 12, 2013

BAHAGIAMU DERITAKU

Bahagiamu Deritaku by Hafiz....

just a lovely song...1st dengar lagu nie aku sudah jatuh hati dengan suara hafiz..hafiz has a great voice.. lagu yang membawa maksud yang mendalam dan menyentuh hatiku...




Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu


Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama


Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan


Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan


Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu


Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu





Semoga dikau bahagia.....


maafkan aku kerana tidak dapat bersama-sama dengan kau menempuh dugaan ini...
maafkan aku kerana tidak lagi memahami apa yang kau rasa....
maafkan aku kerana tidak lagi memjadi pendengar yang setia...
maafkan aku kerana tidak lagi memperdulikan kau....
maafkan aku kerana tidak lagi menjadi penasihat yang baik buat kau....
maafkan aku andai kata-kata yang ku lontarkan menggores hati kau...
maaf atas segala yang berlaku.......

andai kata dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk kau tiada apa yang dapat menghalang jodoh itu...
andai kata kau tidak bahagia pada masa hadapan jangan mudah putus asa..anggap la ini sebagai dugaan ALLAH buat kau..
andai kata perkahwinan ini diteruskan seperti yang dirancang..akan ku kirimkan doa semoga kau sentiasa bahagia dengan jalan yang telah dipilih...

walaupun aku mengatakan aku tidak lagi mahu masuk campur urusan kau, aku cuba berbuat demikian tetapi x boleh, aku tetap stalker fb dan blog untuk tahu perkembangan rancangan kau. maaf sekiranya aku berbuat demikian. aku cuba membenci kau kerana lelaki tu dan marah dengan segala tindakan kau..tetapi aku x boleh...aku terpikir tentang persahabatan yang telah kita bina selama hampir 4 tahun ini..aku sebenarnya x faham dengan diri aku nie mengapa susah untuk aku terima hubungan kau dengan dia..maafkan aku........

kau sahabatku...
kau pembakar semangat aku...
kau kawan aku....
kau yang aku sayang...