cik aten

Monday, May 25, 2015

CINTA AKU

CINTA


CINTA ITU LAHIR TANPA MENGENAL SESIAPA
CINTA BUAT SAHABAT, KELUARGA, MAHUPUN KEKASIH
CINTA MERUPAKAN SESUATU YANG INDAH DIMATA, INDAH DIHATI
NAMUM BEGITU, IA BISA MENGHADIRKAN RASA YANG KECEWA DAN MAMPU MEMUSNAHKAN SIAPA PUN


TANPA CINTA, HIDUP INI HANYA PENUH DENGAN RASA KOSONG DAN KECEWA
DALAM CINTA, ADA YANG SALING MENCINTAI DAN ADA JUGA YANG SALING MEMBENCI
MUSUH CINTA ADALAH CEMBURU
CEMBURA YANG MAMPU MEMUSNAH SEGALA CINTA YANG TELAH DIBINA DALAM HUBUNGAN KITA
MAKA, KATAKANLAH CINTA HANYA PADA YANG MEMERLUKAN
AGAR HATI INI TIDAK TERUS DISAKITI OLEH YANG MEMBENCI


CINTA ADALAH PEMBAKAR SEMENGAT UNTUK TERUS HIDUP DALAM DUNIA INI.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN



KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KEPADA PELAJAR


Jika dulunya, kita menggunakan sistem pembelajaran secara bersemuka seperti hadir ke kuliah ataupun kelas dan kaedah itu masih digunakan sehingga kini. Kini, apabila teknologi mula semakin berkembang, kita mula mencipta satu sistem baru yang seiring dengan teknologi baru iaitu pembelajaran dalam talian.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, pembelajaran dalam talian menjadi satu kaedah yang semakin popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Pembelajaran dalam talian juga dikenali sebagai e-pembelajaran. E-pembelajaran didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi memperlbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran.

Antara keberkesanan e-pembelajaran bagi pelajar ialah sesi pembelajaran boleh dijalankan tanpa mengira berapa bilangan pelajar yang hadir dan boleh dilakukan menggunakan komputer, telefon pintar, Ipad mahupun laptop. Selain itu, melalui  e-pembelajaran pelajar boleh mengamalkan pembelajaran secara berterusan disamping  berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik.

Tambahan lagi, e-pembelajaran juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana, segala maklumat yang ada dala  e-pembelajaran akan disimpan dengan baik dan secara tersusun. Ini dapat memudahkan pelajar untuk mencari semula maklumat yang diingini pada masa akan datang atau pada waktu yang diperlukan.

Kebanyakkan universiti mempunyai sistem e-pembelajaran tersendiri. Sebagai contoh, Universiti Utara Malaysia mempunyai sistem e-pembelajaran yang diberi nama Online Learning UUM. Sistem ini sangat memudahkan pelajar UUM untuk berinteraksi secara dekat dengan pensyarah dan pelajar lain. Segala maklumat mengenai nota dan kuiz diletakkan dalam e-pembelajaran dan pelajar hanya perlu memuat turun maklumat tersebut. 

Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian sangat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Tambahan lagi, ia dapat membantu pelajar agar mudah memahami pemebelajaran yang diajarkan kepada mereka. Ianya juga merupakan sistem yang dapat memudahkan sesi pembelajaran pelajar dalam pencarian maklumat.

KEMAHIRAN ISANIAH MAMPU MEMBANTU PELAJAR



Kemahiran Isaniah Dapat Membantu Kejayaan Pelajar Dalam Dunia Pekerjaan

Jika pada zaman dahulu, pengukur kejayaan adalah ilmu yang dipelajari dari sekolah rendah sehingga ke tahap universiti. Semakin lama seseorang itu mendalami ilmu pembelajaran semakin tinggi pandangan masyarakat terhadapnya. Tetapi kini segalanya berbeza kerana masyarakat mula berpendapat bahawa ilmu pembelajaran sahaja tidak memcukupi bagi menjamin masa depan seseorang untuk berjaya. Kemahiran insaniah adalah penting dalam membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dalam dunia pekerjayaan.

Kemahiran isaniah merupakan kemahiran bersifat kepimpinan, kerjasama, berpasukan, mempunyai nilai positif, komunikasi dan pembelajaran yang berterusan. Kemahiran ini dapat meningkatkan keupayaan dan persediaan pelajar menghadapai dunia pekerjaan. Kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah penentu dalam mendapatkan pekerjayaan yang baik pada masa hadapan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan peratusan kadar penganggur yang semakin tinggi di Malaysia. Walhal mereka ini boleh dikatakan diantara kelompok yang cemerlang dalam akademik.

Oleh itu, kemahiran insaniah mula diterapkan dalam pembelajaran di peringkat univertisi awam, swasta dan juga institusi kemahiran di Malaysia bagi membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang pekerjaan. Antara sebab mengapa kemahiran isaniah diperkenalkan ialah kerana kebanyakkan pelajar lepasan diploma atau ijazah hanya pandai dalam bidang pembelajaran tetapi gagal untuk berkomunikasi atau mengapikasikan apa yang dipelajari. Sebagai contoh, apabila diminta untuk memceritakan kelebihan yang ada pada diri sesama temuduga, mereka tidak dapat lakukannya dengan baik dan sempurna. Tanpa kemahiran isaniah juga, pelajar juga tidak mampu untuk berdikari dan bersedia untuk menghadapi dugaan dalam bidang pekerjaan.

KERJAYA DAN KELUARGA



KERJAYA DAN KELUARGA MERUPAKAN PERKARA PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

Keluarga merupakan kehidupan di antara dua insan atau lebih seperti suami, isteri dan anak-anak. Manakala kerjaya ialah pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang samada kerana minat ataupun memenuhi cita-cita mereka. Keluarga adalah sebuah institusi yang sangat penting dalam hidup manusia. Tiada manusia atau individu yang ingin hidup di dunia ini tanpa keluaga ataupun insan tersayang. Kerjaya adalah penting kerana ia dapat memberi sumber pendapatan bagi seseorang untuk membahagiakan keluarganya dan insan yang disayanginya.

Setiap pekerjayaan yang kita lakukan haruslah dijalankan secara amanah dan jujur. Setiap hasil kerja yang kita lakukan akan jadikan sumber rezeki bagi keluarga. Hidup tanpa kerjaya adalah sukar kerana segala keperluan diri dan keluarga memerlukan wang sebagai sumber pendapatan dan pembelanjaan. Kerjaya yang dipilih haruslah seimbang dengan keluarga dari segi pembahagian masa dan tugas dalam melakukan sesuatu. Sebagai contoh, wanita yang bekerja haruslah pandai membahagikan masa dalam menguruskan keluarga dan kerjaya. Keseimbangan adalah penting, kerana ianya mampu membentuk keluarga yang bahagia.

Kerjaya yang dipilh harus bersesuian dengan jiwa dan personaliti seseorang ituKerja yang dilakukan tanpa minat boleh menyebabkan seseorang itu mudah putus asa dan tidak yakin dengan dirinya sendiri. Apabila ini terjadi, manusia mula menyalahkan takdir atau mencari salah orang lain di atas kegagalan dalam mencapai kepuasan hidup. Perkara sebegini boleh mencetuskan masalah yang besar dalam institusi keluarga yang telah dibina.

Kesimpulannya, kesungguhan seseorang itu dalam melakukan setiap kerjanya merupakan jaminan bagi sebuah keluarga yang bahagia. 

DARI TIMUR KE UTARA



DARI TIMUR KE UTARA


Timur adalah tempat aku lahir dan dibesarkan
Aku anak timur, anak jati pahang
Rumahku kampung halamanku di timur
Ini timur tempat tumpah darahku


Tiba masa aku kini meninggalkan timur menuju utara
Bagi memulakan sesuatu yang baru
Untuk menggenggam segulung ijazah di utara
Dan mencari ruang baru buat ku mengenal dan mematangkan diri agar jadi insan yang berjaya
Ini janji ku buat keluarga dan insan yang aku sayang


Jarak dari timur ke utara banyak mengajar aku erti kerinduan
Rindu kepada keluarga, sahabat handai dan kampung halaaman aku
Kerinduan itu adalah pemankin semangat aku untuk terus berjaya
Aku mula mengenal erti susah payah dan mendiri
Erti yang menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat untuk menghadapi masa hadapan.

KESAYANGANKU ALISYA



KESAYANGANKU ALISYA

Alisha
Anugerah cinta hati buat kelurga kami
Lenggok dan gerak geri mu penawar duka buat kami
Indah suara mu  menyapa cuping telinga kami
Senyuman manis mu bisa menggembirakan hati kami

Alisha
Cucu kesayangan Husain dan Hayati
Intan payung umi Hanisah dan papa Ismail
Hadirmu dapat memberi sinar bahagia dalam hidup kami
Tangisan kamu mampu mengundang resah dalam hati kami kerana kamu ialah kesayangan kami
Akan kami didik kamu dengan baik agar jadi insan berguna kelak

Alisha 
Kami sayang kamu sepenuh hati
Doa kami agar kamu sentiasa dilindungi oleh- Nya
Semoga kamu menjadi anak yang solehah buat kami.

Thursday, October 3, 2013

NUR FATHIAH ALISYA

 

 WELCOME MY DEAR FATHIAH....

SI comel nie nama die Nur Fathiah Alisya bt Nor Ismail... she come to our world at 22 Sept 2013... orangnya comel macam makcik2 die..hehhehe...even dah almost 2 week Fathiah lahir, cik aten still x jumpe fathiah lagi...just kenal melalui pic2 yang dianta je..x sabar nak balik kuantan then nk jumpe fathiah n peluk si comel nie puas2...walaupun x penah jumpa awak fathiah, saya faten najwa rindu kat awak...hope awk pun rindu kat saya jugak...my litter princess....love u so much....


Another picture Fathiah & Amani....


 my sis say that the two girls sedang ber pillow talk.....very sweet la u all berdua nie...our sweetheart Amani and Fathiah...


si comel + si bambam.....love both of u....