cik aten

Friday, July 12, 2013

Semoga dikau bahagia.....


maafkan aku kerana tidak dapat bersama-sama dengan kau menempuh dugaan ini...
maafkan aku kerana tidak lagi memahami apa yang kau rasa....
maafkan aku kerana tidak lagi memjadi pendengar yang setia...
maafkan aku kerana tidak lagi memperdulikan kau....
maafkan aku kerana tidak lagi menjadi penasihat yang baik buat kau....
maafkan aku andai kata-kata yang ku lontarkan menggores hati kau...
maaf atas segala yang berlaku.......

andai kata dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk kau tiada apa yang dapat menghalang jodoh itu...
andai kata kau tidak bahagia pada masa hadapan jangan mudah putus asa..anggap la ini sebagai dugaan ALLAH buat kau..
andai kata perkahwinan ini diteruskan seperti yang dirancang..akan ku kirimkan doa semoga kau sentiasa bahagia dengan jalan yang telah dipilih...

walaupun aku mengatakan aku tidak lagi mahu masuk campur urusan kau, aku cuba berbuat demikian tetapi x boleh, aku tetap stalker fb dan blog untuk tahu perkembangan rancangan kau. maaf sekiranya aku berbuat demikian. aku cuba membenci kau kerana lelaki tu dan marah dengan segala tindakan kau..tetapi aku x boleh...aku terpikir tentang persahabatan yang telah kita bina selama hampir 4 tahun ini..aku sebenarnya x faham dengan diri aku nie mengapa susah untuk aku terima hubungan kau dengan dia..maafkan aku........

kau sahabatku...
kau pembakar semangat aku...
kau kawan aku....
kau yang aku sayang...




No comments:

Post a Comment